Saturday, November 21, 2009

Coca-Cola menghina Islam, selipar menghina islam, Subhanallah



surah injilu matay surah sesat, Berhati-hatilah

KUASA ALLAH





AL-QURAN TERBESAR DI INDIA, AYAM, BURUNG SAYAP TULISAN ALLAH

Tempat mengambil wuduk


Malapetaka Dunia







Al Quran Tidak Terbakar












Kuasa Allah

Diluar jendela hujan begitu lebat sekali, Sarah melihat adknya sedang nyenyak tidur dibuai mimpi, lalu dia mengambil selimut dan membalut tubuh adik kesayangannya yang kesejukan.. Air matanya mula membasahi pipinya yang kemerah-merahan.. Memori lalu kembali menghantuinya, puas untuk dia cuba membuang dari fikiranya. Apalah daya seorang wanita sepertinya... Dia begitu lemah sekali.

Sarah adalah anak pertama dari dua adik beradik, Sarah dan adiknya tidak pernah mendapat kasih sayang ayah dan ibu. Dendamnya pada kedua orang tuanya membuak-buak.Tetapi dendamnya itu tidak dapat mengatasi kasih sayangnya pada keluarganya. Seburuk-buruk mereka, mereka tetap ayah dan ibu yang telah melahirkanya ke dunia. Memberinya peluang untuk hidup di bumi Allah. Syukur Alhamdulillah, kata hatinya.

Sarah mengangkat kakinya longlai. Dia membersihkan dirinya sebersih-bersihnya untuk menghadapkan diri kepada menciptanya. Memang dah lumrah kehidupan Sarah setiap kali untuk mengerjakan solat, dia akan mandi, walau sepuluh kali satu hari. Itu akan membuatkan dia lebih yakin. Selebihnya dierahkan kepada pencitanya, hanya Yang Maha Pencipta sahaja tahu apa yang telah ditentukan kepada umatnya. Sudah menjadi tanggugjawab umatnya untuk memohon kepadanya, meninggalkan apa yang dilarang, dan mengerjakan suruhannya, apakan daya segelintir daripada kita tidak pernah menyedar akan hikmahnya, ada pula yang sedar tetapi pura-pura tak tahu termasuklah keluarga dan ibu-bapanya.. Subahanallah.. Meremang bulu roma Sarah bila memikirkannya. Sarah mendidik adiknya ilmu agama yang sangat mendalam dan sentiasa berdoa agar adiknya menjadi orang yang berguna satu hari nanti. Air matanya mengalir, dan berharap agar doanya dimakbulkan Allah..

Bersambung.....